Perasmian Blog Personal Dik Mal

April 4, 2007

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera :)

Selamat Datang!Hai! Selamat membaca dan menjadi pembaca di blog ini.

Blog ini adalah blog hasil garapan sepenuhnya oleh Dik Mal. Siapa Dik Mal? Anda boleh mengetahui saya lebih lanjut dan lebih rapat, di bahagian About Me di atas blog ini. :)

Sebelum ini, Dik Mal telah mula menghasilkan blog pertama secara serius, pada bulan Februari 2007. Sebelum ini, blog Mal hanya tempat try and error sahaja. Menyedari peluang yang sedia ada dalam dunia blogging, Mal terjun dalam dunia blogging. Tambahan pula, menulis sesuai dengan Dik Mal

Dik Mal mempunyai minat pada bidang penulisan sejak SPM lagi. Jadi minat menulis ini Dik Mal teruskan di sini. Bakal menjanjikan bahan-bahan yang berteraskan pengetahuan dan pemikiran. Sesuai la dengan ‘title’ cikgu yang bakal Dik Mal capai kelak.

Semoga anda semua beroleh manfaat dari Blog Personal Norakmal Jasni ini.

Sekian.

p.s : Lawati Blog Motivasi Kajayaan garapan Dik Mal sebagai santapan minda anda!

11 Respons kepada “Perasmian Blog Personal Dik Mal”

  1. penyu_belimbing Berkata:

    bagus Dik Mal…teruskan minat anda…All The best!!! :) )

  2. Mal Berkata:

    TIme kaseh bro penyu_belimbing..ajak la ramai2 geng GCC mai turun sini…walaupun DJ Mal tak ke udara dah..DIk Mal tetap ingat GCC!:)

  3. shueqry Berkata:

    asmkm DikMal, cantik design bog ni, ada ciri-ciri klasik dan nusantara, corak tu cantik, saya suka tengok!

    Bagaikan ada makna yang tersirat.. walapun saya tak minat jadi cikgu ( tapi bapa, emak dan 2 adik perempuan saya adalah Cikgu Sekolah) tapi saya minat menulis dan berkongsi ilmu. Teruskan usaha DikMal, saya sokong! Huaa.. moga DikMal sentiasa bersemangat menulis.. keep it up :-)

  4. Mal Berkata:

    Thanks bro Shueqry ;) Bila DIk Mal bercakap, butirannya adalah tulisan! :D InsyaALLAH akan terus menulis selagi ada orang nak membaca. Persoalannya, adakah orang nak membaca? Tak mengapa tu, tugas guru memang untuk mendidik! :)

  5. kumb@ng Berkata:

    hai dik mal..tahniah atas perasmian blog baru..rase cam terlambat plak bagi wish…yela..sejak akhir2 ni busy manjang…apa2pun..harap lebih sukses dgn pelancaran blog baru ni..sesuai dgn minat menulis mal tu…mmm…kisah mia bile nak sambung?..hehe…:D

  6. Mal Berkata:

    terima kasih en kumbang..eh abg kumbang…aa…kisah Mia..InsyaALLAH bakal bersmbung dgn kadar yang segera…susah nk cerita..sebab Mia dh tk sedih..

  7. Nia Berkata:

    …Hai DikMal!
    Selamat pagi,
    Apa khabar?
    Khabar baik?
    ^!^

  8. Mal Berkata:

    Nia! is that you! wow am so suprise that you have learned my language as well.. :) but wondering how ? care to share?

  9. Nia Berkata:

    Ya. Nama saya Nia. :D

    “care to share?”

    Tidak. ;)

    Apa khabar?

  10. Dik Mal Berkata:

    Khabar baik NIa! Gembira bila melihat anda di sini! :)

  11. Berkata:

    [...] April 9, 2007 at 4:57 am [...]


Tinggalkan jawapan