Emosi dan Minda. Emosi dan Akal.

Mei 15, 2007

Salam semua.. :)

Masa ni, jam dah pukul 8 malam! 8 malam baru berkesempatan untuk buka komputer.Sepanjang hari buat kerja lain. Ubah suai worksite saya ni. hehe :)

Baiklah, terima kasih untuk semua respons yang dik mal terima semalam. Tak sangka masih ada yang sayang..eh! :D masih ada yang beri perhatian :)

Saya juga terpanggil nak brkongsi dengan anda, tentang hubungan emosi dan minda juga akal.

Pada Sabtu lepas, pada malam harinya, ketika saya sedang berehat-rehat di samping kerja-kerja saya. Saya sempat berborak dengan ayah. Borak mula benda-benda kecil aja. Lama-lama melarat!

Sampai jam 2.30 pagi berborak dengan ayah. Dari isu semasa, politik (sekadar brak ye! :) ), motivasi dan pembangunan diri… :)

Sempat juga membuat analogi ini. Dan saya juga telah berjanji pada ayah akan berkongsi mengenainya dengan pembaca blog ini.

Analogi Dik Mal

Zaman sekarang ini, kebanyakan orang meletakkan emosi sebagai panduan dalam meletakkan tindakan. Betulkah?

Masakan tidak. Jika di lihat, di perhati, kita marah bile ditegur, kita menangis bila putus cinta, kita menjerit marah bila tersangkut dalam trafik, dan macam-macam lagi.. Saya juga seperti itu! :p

Itu contoh emosi menguasai tindakan.Emosi memacu tindakan. Betulkah tindakan itu? Relevan kah?

Cuba kaji keadaan ini.

Andaikan anda adalah satu kereta. Diri anda sebagai satu kereta. Ada 4 tayar , ada stereng, ada enjin, minyak semua cukup. Kondensi kereta amat memuaskan. :)

Anda bergerak menuju bukit! Sampai di puncak bukit. Anda berhenti. Anda tekan brek. Kemudian, anda perlahan-lahan melepaskan brek. Secara perlahan-lahan, kereta bergerak menuruni bukit. Makin lama makin laju. Apa anda nak buat?

Anda cuma ada dua pilihan :

1. Membiarkan kereta terus menambah kelajuan. Anda membiarkan kereta anda memandu anda.

2.Menggunakan stereng, brek dan lain-lain untuk mengawal kereta anda. Anda memandu kereta anda.

Jika anda di dalam situasi itu, yang mana satu pilihan anda?

Saya yakin ramai akan memilih situasi kedua! Saya pun.

Berbalik kepada analogi asal. Itu di kira sebagai diri kita. Tayar adalah emosi. Stereng adalah minda.

Kita yakin kita mengawal emosi kita, tapi sebenarnya tidak. Kita biarkan emosi mengawal kita. Seumpama kereta itu di situasi 1.

Segelintir orang yang berjaya. Mengawal emosi mereka. Seumpama situasi 2.

Kenapa saya meletakkan tayar sebagai emosi? Kerana saya ingin menerapkan pemahaman emosi perlu di kawal! Bukan emosi mengawal kita.

Bagaimana pula contoh lain yang mengatakan emosi mengawal kita?

Baiklah, fikirkan ini pula.

Sekawan kambing biri-biri dan pengembalanya.

Kambing biri-biri di jaga oleh seorang pengembala. Satu hari, kambing-kambing ini di biarkan lepas di kawasan lapang. Bertebaran kambing-kambing berlari. Bergerak. Melepasi kawalan pengembala. Apa yang dia buat?

Dia biarkan kambing-kambing terus berlari hingga gilang dair kawalannya. Seumpama emosi menguasai diri.

Sepatutnya, pengembala yang mengawal kambing-kambing bukan? Maka perlulah pengembala menggunakan kawasan berpagar yang luas, bagi membolehkan kambing-kambing bergerak, tetapi tetap dalam pengawasan dan penguasaannya!

Ibarat kita membiarkan emosi bergerak, tetapi meletakkan limit dalam sesuatu keadaan.

Bagaimana? Apa pendapat anda?

p.s : Ramai sudah bertanyakan di mana Kisah Mia (Part 3). Kisah Mia bahagian 3 akan menemui anda esok. Maafkan saya atas keterlewatannya! Saya menghadapi banyak tuntutan kerja kebelakangan ini. Bagi yang belum baca bahagian 1 dan 2, boleh berbuat demikian di sini : Bahagian 1 dan Bahagian 2

Tinggalkan jawapan