Utusan Malaysia: BicaraJutawan dipantau kerana offer skim cepat kaya?

Mei 18, 2007

[Updated]

BicaraJutawan telah memberi amaran tentang kehadiran skim cepat kaya baik secara offline atau pun online, jauh lebih awal dari fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sila rujuk:

1. Kategori Pendidikan Asas Kewangan

2. Kategori Portfolio Investment

Malah kami telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang seharusnya dibaca oleh semua pengunjung BicaraJutawan, tentang pendirian kami terhadap skim cepat kaya. Sila rujuk:

Selamat Datang ke BicaraJutawan.com

-

Dari Utusan Malaysia: 37 laman web skim cepat kaya dipantau

“Antara laman web yang menawarkan pelaburan mencurigakan ialah www.carigold.com, www.cakapgold.com, www.jutawan.org, www.jomklik.com, www. gurumalaysia.com, www. wangcyber.com, e-bazaar2u. com dan www.bicarajutawan.com

Hai… bila masa pulak BicaraJutawan dan WangCyber offer pelaburan skim cepat kaya kepada pengunjung mereka?

Takpelah, biar diorang siasat dulu.

Kepada pihak yang berkenaan, saya boleh dihubungi melalui admin[at]bicarajutawan.com / 013-3403593 untuk kerjasama siasatan pihak tuan.

Sekian, Terima Kasih.

Perbincangan lain:

1. Utusan Malaysia: Bicarajutawan.com kena pantau?
2. Utusan Malaysia: Wangcyber.com mecurigakan?

p.s. oh ya, untuk mereka yang jarang surf forum BJ, ia adalah forum yang bincang pelbagai isu berkaitan pelaburan dan perniagaan. Dari topik nak menjaja di pasar malam macam mana, buat roti macam mana, tanam cendawan macam mana, bela ikan keli macam mana, nak melabur di Bursa Malaysia macam mana, nak mendaftar syarikat macam mana, nak bela kambing macam mana, pelajar IPT nak berniaga part-time macam mana dan sebagaonya. MANAKALA topik yang mempromosikan program jana wang dan skim cepat kaya tidak dibenarkan dari dulu sampailah sekarang.

————————————————————-

Petikan tersebut di ambil dari blog pengasas forum komuniti Bicara Jutawan, yakni Pakdi.

Inisiatif ini di ambil kerana jelas telah timbul kekeliruan tentang BJ dan forum nya. Bagaimana satu forum dikatakan web? Bagaimana satu forum yang membicarakan mengenai saham, perniagaan, cendawan, dan lain-lain di labelkan menganjurkan skim cepat kaya. Bahkan forum-forum lain yang mungkin juga wujud dan ada menganjurkan skim sedemikian rupa hilang dari pandangan dan ’selidikan’.

Persoalannya : Siapa yang bertanggungjawab ke atas laporan ini. Seperti tiada kaji selidik dilakukan.

Sesungguhnya, saya amat yakin sekiranya siasatan terperinci dibuat, yang bakal mereka temui dalam forum BJ lebih kepada peluang-peluang perniagaan, mengenai cendawan-cendawan, bakery, motivasi, buku, saham dan lain-lain informasi yang amat berguna untuk orang ramai.

Nampaknya, masih ada kekeliruan antara pelaburan internet dan perniagaan internet, sehinggakan WangCyber juga terpaut sama dalam laporan ini.

Bagi anda yang sentiasa bersama-sama dengan BJ, anda pasti tahu motif penubuhan dan perbincangan yang diketengahkan di BJ. :)

Adalah amat diharapkan, pihak berwajib segera mengambil tindakan yang sepatutnya, kaji sebetul-betulnya, dan jika benar komuniti ini tidka bersalah, nama mereka harus di bersihkan! Kenyataan mohon maaf perlu dikeluarkan.

Pada Pakdi, Dan Bj–Crew, kami sentiasa menyokong anda! :)

lagi artikel mengenai isu ini :

Pakdi

Dik Mal

The Baker’s Place

Alyani

Labanon

Press IM Malaysia

Irfan – Sang Pelangi

p.s : Ini adalah pandangan peribadi. Jika dahulu, blog dikatakan menghasut, kini forum ilmu dikatakan menganjurkan skim cepat kaya. Apa kata anda?

10 Respons kepada “Utusan Malaysia: BicaraJutawan dipantau kerana offer skim cepat kaya?”

  1. Berkata:

    [...] 1. En. Aku 2. The Baker’s Place 3. Dikmal [...]

  2. Berkata:

    Ya.. sudah semestinya saya pasti dengan hala tuju penubuhan BJ.
    Sebagai ahli tegar BJ, saya sanggup berbuat apa saja asalkan benang yang basah itu tidak akan tertegak semula.

  3. Berkata:

    Apakata kalau kita boikot Utusan Malaysia…amacam? aku memang dah lame boikot… :D

  4. Berkata:

    diorang tu saje create story sbb dh xde cite.xyah la korang risau sgt kt paper tu.bnyak lg bahan2 bacaan yg berguna selain dr Utusan Meloya tu.kes ni pn bukannya dibawa ke mahkamah.paper tu kn sinonim dgn bahan tunggangan politik parti pemerintah.sbb tu la ape2 isu kat dlm tu xbole pakai sgt.hanya berita sukan je yg nmpak genuine skit

  5. Berkata:

    bila di tampilkan dalam media,satu kata boleh menjadi satu isu :)

  6. Berkata:

    DikMal..
    memang utusan boleh kata kerana dia nadi media kepada rakyat, nadi yang menipu.

    http://www.taqiyuddin.wordpress.com

  7. Berkata:

    rasanya reporter yg buat artikel tu bukanlah org yg kenal dgn Internet. macam mana forum boleh dikatakan website ? dia cuma nak dptkan bahan je tp x buat kajian dulu. hrp2 wartawan lain x mcm dia ;) )

  8. Berkata:

    Skim cepat kaya (SCK) dan WangCyberDotCom

    Boleh dikatakan ini adalah satu topik hangat yang sedang diperkatakan. Wangcyber dan beberapa forum lain telah dikaitkan dengan skim cepat kaya (SCK). Kenyataan ini sememangnya tidak masuk akal. Bagaimanakah satu forum perbincangan untuk usahawan-usaha…

  9. Berkata:

    [...] tidak cukup duit. Apa lagi yang boleh dibuat. Ikat perut kumpul duit. Masuk skim pelaburan internet cepat kaya. Bukannya senang mahu kahwin, duit pun memainkan peranan nombor 2 terpenting selepas [...]


  10. [...] tidak cukup duit. Apa lagi yang boleh dibuat. Ikat perut kumpul duit. Masuk skim pelaburan internet cepat kaya. Bukannya senang mahu kahwin, duit pun memainkan peranan nombor 2 terpenting selepas [...]


Tinggalkan jawapan