Forum Malaysia yang perlu anda sertai

Jun 7, 2007

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Hari ni saya nak tulis tentang forum-forum site di Malaysia yang saya kunjungi, dan mengapa anda pula kena join forum-forum ini :D Dah sedia?

Kebiasaannya, pagi-pagi, lepas saya cek email, blog saya dan blog motivator yang lain, saya akan jenguk forum ini terlebih dahulu :)

1. www.BicaraJutawan.com

Saya pun dah lupa bila saya sertai forum ini. Tapi memang best la :D Forum ni sesuai dengan namanya : Portal Pendidikan Kewangan Anda.

ANda di didik tentang kewangan, lebih2 lagi sekarang BJ ada buat bengkel Cashflow. 1 Julai ni juga, ada bengkel cashflow bakal di anjurkan. Tapi saya tak dapat turn kot. Saya tunggu jadual exam. Exam dah mula masa tu. Takut clash mas aexam. Adeh la… Ni la kesukaran saya. Susah nak dapat join aktivit hujung minggu dan hari kerja. Sebab tarikhnya, masa saya exam, kelas… :( sob sob..

Mari kita lihat topik paling hangat di BicaraJutawan.com dari sudut keaktifan para forumers.

1. Perusahaan Cendawan Tiram
2. projek tanam cili…
3. Costing untuk projek cendawan
4. Tempat menjalankan projek tanaman cendawan
5. Lawatan ke Tempat Pengusaha Cendawan di Johor – 26 Mei 2007

Berikut pula adalah topik yang paling diminati oleh pengunjung (tapi tak semestinya hangat dibincangkan)

1. Perusahaan Cendawan Tiram
2. Cara langsaikan hutang
3. Agrobased projek
4. Bagaimana Nak Bermula Main Saham
5. Insurans: Prudential Assurance Malaysia

Jadi jika anda tercari-cari forum Melayu yang ajar anda tentang bisnes, kewangan, pengurusan kewangan, ini lah tempatnya. Tapi BJ TAK PERNAH ANJURKAN SKIM CEPAT KAYA SEPERTI YANG TELAH DI WAR-WARKAN SEBELUM INI OLEH SATU MEDIA NI :)

Lawati : www.bicarajutawan.com

2. Forum Kedua : www.wangcyber.com

Saya berdaftar di forum ni. tapi kurang aktif. saya suka baca je :D cm tak tau nk mencelah. banyak otai2 IM Malaysia kat sana tu. Sebutkan saja nama : shuth, zul, saifulsham; semuanya ada :D forum ini banyak membantu anda untuk memulakan perniagaan. yang paling saya suka baca, pasal google ad sense la :D hikhik

3. Forum Ketiga : http://forum.jomberniaga.com

Forum Jom Berniaga. Kelolaan adik labanon, Fai and the geng. Kat forum ni pun saya tenggelam timbul je :D tapi saya suka forum ni sebab topik dia meluas, santai.. i like :D

4. Forum Terbaru saya join : http://www.mindasukses.com/diskusi

Baru aje join pagi ni :D memang nak join tapi asyik tak sempat aje. Asyik lopa. ALhamdulillah pagi ni join gak. Khusus untuk belajar tentang minda, pengurusan minda, motivasi la kiranya :)

Ini 4 forum utama yang saya sertai. Ada lagi, tapi ini yang utama la. Anda lak camana? Mungkin kita leh luaskan skop networking kita, melalui forum :)

8 Respons kepada “Forum Malaysia yang perlu anda sertai”

  1. Berkata:

    DikMal join ke cashflow 101 24 jun ni? :razz:

  2. Berkata:

    sob sob…mase tu final class dan final presentation……..huraghhhhhhhhhhhh tensen tol la…asek clash je….. :(

  3. Berkata:

    DikMal blajar kat ner? bukan sekarang u cuti ke..

  4. Berkata:

    saya half time student..bukan full time :) currently kat UTM KL…my class on weekends.. :D dan sekarang short semester.. :)

  5. Berkata:

    UTMKL…. kirim salam pada budak2 PPKTJ kat blakang blok tu ya? dekat dengan surau tu..
    UTMKL.. tempat jatuh lagi kukenang, inikan pula tempat bermain..hehe

  6. Berkata:

    HEHEHE .. tempat bermain yer irfan?

  7. Berkata:

    terima kasih terima kasih terima kasih… :D

  8. Berkata:

    sama sama..sama sama..sama sama :D


Tinggalkan jawapan