Salam semua… Selamat Pagi
Malam tadi, 8 Jun 2007, berlangsungnya Anugerah Planet Muzik di Kota Singapura
Siti Nurhaliza menang lagi, melalui kategori Lagu Terbaik dan Penyanyi Wanita Terbaik. Kris Dayanti pula, menang Anugerah Khas.
Apa kaitannya dengan blog saya? Ouh saya sebenarnya tak tau pun, anugerah tu berlangsung malam ni. HInggalah saya turun nak makan jam 10 tadi. tiba-tiba tengok Astro Ria ada siaran langsung.
Sebenarnya, saya terusik dengan ucapan dua artis ini.
Ringkasnya, kata Datuk Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti ; anugerah ini, rezeki ini adalah kurniaan ALLAH SWT, alhamdulillah atas pemberiannya, dan insyaALLAH selagi berusaha keras, tentu akan datang lebih kejayaan…
Nampak? Pertama usaha keras. Kedua berdoa dan tawakal. Ketiga, bersyukur atas nikmatNya..
Usaha keras adalah pendorong kejayaan
Tapi usaha keras yang terancang dan bijak, adalah pecutan kepada kejayaan
Dalam kes ini, F = ma . Erk apa kaitan? Saja je :d Teringat belajar Fizik dulu-dulu.
Sekian
p.s : Datuk Siti Nurhaliza nampak makin berisi kan
p.s.s : Mawi menang lagi
Abg Kumbang mesti suka. Kulaifornia
Jun 9, 2007 pada 1:22 am
Usaha keras adalah pendorong kejayaan Tapi usaha keras yang terancang dan bijak, adalah pecutan kepada kejayaan
DikMal, ktom suka ayat tu. Memang benar mana boleh kejayaan dpt diraih dgn mudah….kejayaan hakiki bukan dpt diraih dalam 2 atau 3 hari tetapi melalui kesuiltan-kesulitan yg kita alami semasa dlm usaha mencapainya.:)
Biasalah tu, hati senang..mana tak berisi….hehehehe….
Mawi menang lagi…..WOW …
Jun 9, 2007 pada 4:19 am
Din tak suka mawi..ada tunang pakai tudung dapi tinggal..selamat bertunang ina naim!
Jun 9, 2007 pada 12:53 pm
Aik…tiba2 je nama kumb@ng di sebut….ada ape2 ke…haha…
adatlah dlm dunia ni kita tak bole paksa org suka kat kita. saya juga manusia yg tak lepas dr lakukan kesilapan.kenapa?org mcm saya tak leh putus tunang ke? jodoh pertemuan ALLAH yg tentukan..kemenangan ini juga rezeki dari ALLAH…hehe…tiba2 jadi Mawi pulak..haha
p.s : suka Mawi sbb peribadi dia dan antara penyanyi yg dpt perhatian dr Tok Guru Nik Aziz….sekurang2nya Mawi antara penyanyi yg bole mengaji, berzanzi,berqasidah dgn baik…
Jun 9, 2007 pada 3:24 pm
eh macam cete topik mawi pulak
Jun 12, 2007 pada 11:51 am
yeah..mawi menang..hehehe
Jun 13, 2007 pada 1:16 pm
yer mawi menang
ina pun dah bertunang…mawi bila lagi?
Jun 14, 2007 pada 4:57 pm
Adeh..nak bwat camne,dah zaman mawi skung nie.
p/s: Kulaifornia
Jun 21, 2007 pada 2:50 am
owh, teringat lagu Seroja ! Best lagu tu..
Jun 25, 2007 pada 5:54 pm
halal ke haram duit/hadiah/habuan menang hasil dari kerjaya menyanyi tu.tak tutup aurat plak tu.suara wanita tu kn aurat.hmm kena rujuk ulama’ fiqh ngan ulama’ tasawuf dlm hal ni….