Selamat Pagi!
Malam tadi, sebelum saya masuk tidur, saya sempat semak-semak file saya. Di samping nota-nota kuliah saya, ada la dua kertas bercatat nota mengenai pekerjaan yang mempunyai unlimited income.
Sebenarnya itu saya catat dan intipatinya saya ambil dari Forum Bicara Jutawan. Sebabnya, saya mahu memahami betul2. Tahap pemahaman tiap orang berbeza. Ada masa dengan baca kita faham, ada masa kita kena guna cara lain untuk faham dan memastikan ia kekal dalam ingatan
Ada 3 jenis pendapatan :
1. Active Income ( Earned )
- ini adalah income yang anda perolehi tiap bulan. Anda mesti ada/hadir untuk memastikan anda mendapat income. Kalau anda tak hadir, maka takde la income
contoh nya : kerja opis ke, kerja gaji hari ke, tak pergi keje : takde income
- dalam BJ, mereka bagi contoh orang yang jual goreng pisang. orang tu gak la yang angkut barang-barang nak goreng pisang dan dia la yang goreng pisang. Dia je la. Kalau dia takde, maka takde la goreng pisang. Takde la duit masyuk..
2. Passive Income
- duit bekerja untuk kita.
Tanpa kehadiran kita pun kita masih boleh dapat income! Orang kaya kebiasaannya melatih duit untuk kerja untuk mereka, bukan mereka kerja untuk duit.
- Duit yang kita dapat dalam active income tadi, kita kumpul dan tukar kepada passive income. Macam mana?
- Contoh orang yang goreng pisang tadi, jika dia dah boleh upah orang untuk jaga gerai dan buka lagi satu gerai, kita jadi tukang arah je, maka income bisnes tu jatuh dalam kategori passive income.
3. Portfolio Income
- Paper assets : Saham, Amanah Saham, Insurans
Jadi, untuk hidup lebih selesa dalam 20-30 tahun akan datang, fikirkan inflation rate nanti
Agaknya berapa la harga nasi lemak. Cukup ke active income sekarang untuk menampung belanja nanti. Anda tahu jawapannya. Jadi, mula lah berjinak2 dengan passive income
Dan kemudian paper assets. ( saya nak belajar main saham
)
Satu sales meeting yang saya pergi baru-baru ni, salah sorang speaker dia ada kata :
Pada tahun 2007, makan pagi, tengahari dan makan malam seseorang individu boleh mencapai rm 20.00. Satu hari nanti, dengan kadar inflasi yang makin naik, jumlahnya akan berganda menjadi rm64.00.
Banyak? Jadi apa alternatif anda untuk menghadapinya? Saya juga ada terbaca satu thread dalam BJ, yang merujuk kata Azizi Ali :
“sekarang kita berusia 25 tahun dan ingin retire pada usia 56 tahun dengan belanja bulanan rm2 ribu, kita perlu ada 1.4 juta ringgit… “
Amacam? Active Income kalau hitung2 cukup ka 1.4 juta. Saya pernah kira kalau la saya simpan 100 sebulan, dalam masa saya pencen, saya ada kirang 300k je. Sedangkan saya menganggarkan perbelanjaan saya akan menjangkau 840k. Itu tak masuk nak pergi shoping tau!?
Jadi instead off, simpan duit bawah bantal, simpanlah dalam ASB, laburlah dalam saham yang betul ( bukan Skim Duduk Diam Diam Dapat Duit! ), dan mula lah berniaga.
Jatuh duduk anda masa depan, anda yang tentukan. Bila anda menghitung duit, cuab bayangkan kos belanja masa depan.
Kalau anda ada banyak duit takde aset pon tak guna
Anda perlu ada duit dan aset. Tapi sebenarnya banyak orang ada liabiliti tapi mereka kata mereka ada aset. Lain kali saya cerita
Jika dalam bank anda dah ada 100k, carilah aset. Duit yang banyak cuma berguna masa zaman kegawatan ekonomi
Boleh beli banyak aset dengan harga rendah.
Tapi kebergantungan pada duit semata-mata, boleh buat kita patah kaki tangan, kalau tiba-tiba market saham goyang inul.
Fikir-fikirkan…
Just my Seposen
Artikel mesti baca hari ini ( saya baca pagi ini ) :
1. Blog Sang Pelangi – Nasyid Pilihan
2. Blog Raja Blog – Gobala Krishnan sedang mencari staff/freelance/contributor
3. Blog Dr Irfan – Manual Perniagaan
4. Blog Zul – Gemuk/ Kurus/ Tinggi/ Rendah – Salah Ke?
5. Blog Kumbang – Mee! (wajib baca dan gelak (
)
6. Blog Shuth – Belajar Buat Website dan ada tawaran hebat dari Shuth!
7. Blog Kak Tom – Delima Seorang Ibu
8. Blog Imo Imora – Buku Blogger
9. Bakal Update …. Nak baca blog sapa yer
Jun 20, 2007 pada 4:16 am
heheh…kembang idung seh…
Jun 20, 2007 pada 4:18 am
Berdikit2 lama2 jadi bukit.
Jun 20, 2007 pada 4:20 am
awat kembang hidung nih..kah kah kah..
tol tu kak tom
ouh coming soon sy cete sal calculation lak… tp bukan esok! esok khusus untuk cerita mengenai, minda jutawan
artikel super menarik dari jutawan sebenar!
Jun 20, 2007 pada 4:45 am
dikmal bila lagi nak main Cashflow… semua simulasi 3 jenis income tu ada dalam game tu
pakat la ngan kumbang tuuu..
Jun 20, 2007 pada 4:47 am
nak la pakdi…saya cuba.. kalau free dan ada transport..mesti pergi.. tu lah… nak mintak abang angkat sorang tu bawak la
Jun 20, 2007 pada 5:16 am
bila free ek??aha…dikmal bila free ek?…nanti saya ‘panjat’ KL…bak kata alyani…hehe..:D
Jun 20, 2007 pada 5:58 am
hmmm bile yer… oho abg kumbang nk turun sport planet ampang tk sound ek…hohohoho..ni ada can mintak belanja pizza hut kat tesco ni..hahahah
Jun 20, 2007 pada 9:41 pm
bacalar blog saya
!
Jun 21, 2007 pada 9:51 am
Wah..banyak baca blog banyak lagi ilmu didada
baca blog saya.
Jun 21, 2007 pada 10:44 am
salam,,,semoga blogni bertambah elok,,
sam2 la bantu saya
Jun 22, 2007 pada 1:51 pm
hm.. betul tu…
simpanan pun bile umur pencen biasanya tak mencukupi…
nak harap ngan anak2 pun belum tentu lagi…
Jun 22, 2007 pada 1:53 pm
masa kita pencen…anak2 time nak kawen… kita pun kena bantu anak2…anak2 belajar lagi.. uhuk uhuk
Jun 22, 2007 pada 4:06 pm
Mak uihh.. banyaknya blog yang dibaca. But anyway, bagus utk menambahkan ilmu
Jun 22, 2007 pada 4:09 pm
eh baca bila ada masa and tkade kerja… kadang2 je banyak macam tu
mesti up to date