Ini adalah fast update. Entri ini di taip tanpa ada semakan ejaan semula. Jadi sebarang salah ejaan, harap di maafkan (entri lain pun salah eja juga?)Saya baru balik kelas. Lepas mandi dan solat, cepat-cepat on laptop. Hajat di hati nak cek email, mesti banyak email yang telah menanti di inbox gmail saya
Sangkaan tepat. Ada beberapa email. Ok lah, seperti tajuk, ini update ringkas untuk saya.
Syukur alhamdulillah. Sesungguhnya saya tahu cinta ALLAH itu tak pernah gagal. Sekuat mana pun anda cuba untuk berusaha, jika anda lupa padaNya yang memberikan segala rahmat dan nikmat kejayaan itu, maka anda akan gagal. Tiada kejayaan. Maka seringlah anda mengingatkan diri, bahawa, kejayaan itu di kurniakan ALLAH SWT. Syukur kerana saya menerima limpahan nikmat setiap hari.
SYukur. APabila saya cek email malam ni, saya terima satu lagi incoming advertising dari Nuffnang.
Congratulations!
An advertiser has chosen to advertise on Blog Personal Norakmal Jasni.
The advertisement details are as follows:Campaign:
JobsDB Week 5 LRWeek(s):
1. 27 Jan 2008 to 02 Feb 2008Ad Unit:
Large Rectangle
Syukur. Saya pasti dan sangat yakin. Nuffnang sedang menyiapkan cek tertulis nama saya. Dan saya akan menerimanya dalam tempoh beberapa hari yang mendatang ini.
Syukur.
Syukur. Jimie telah memperkenalkan saya dengan EBook Jaga Kesihatan beliau. Syukur juga kerana, saya telah berjaya membantu 65 orang yang bertuah untuk lebih peka kepada kesihatan mereka. Saya pasti, mereka juga sangat bersyukur kerana di limpahi kesedaran tentang kesihatan mereka. Anda nak tahu apa EBook PERCUMA yang telah mereka perolehi melalui laman web saya? KLik di sini.
Syukur kerana semalam, Jimie Ray telah menulis sesuatu tentang saya di blog TIps Jaga Kesihatan. Anda boleh klik di sini untuk membaca mengenainya. SUngguh saya tidak menyangka. Dan saya juga yakin dan psti, ini adalah nikmat kejayaan yang dikurniakan ALLAH SWT kepada saya. Ya ALLAH betapa Kau tidak pernah melupakan hambaMU, sedangkan manusia seringkali lalai.
Syukur ALHAMDULILLAH juga, bulan ini, saya pecah rekod sendiri untuk jualan EBook Magnet Rezeki. Dan saya pasti lebih banyak pintu rezeki akan terbuka kepada saya. Sebenarnya pintu rezeki sentiasa terbuka, cuma saya yang leka. Saya pasti akan lebih peka selepas ini. Syukur dan sungguh seronok!
Baiklah. Sekarang saya cerita tentang OR. Ya! Subjek yang saya ambil semester ini, Penyelidikan Operasi (OR). Mungkin di sebabkan saya tak pernah tahu apa-apa tentang OR, menyebabkan saya mula merakamkan imej OR yang susah ke dalam minda. Selepas itu, saya bajakan dengan buah bicara pelajar-pelajar senior yang sudah belajar OR. Kemudian bila masuk kelas, saya sudah set satu perasaaan OR susah dan lecturernya juga garang! Maka akibatnya, saya mensabotaj diri sendiri tanpa saya sedari. Patutlah kuliah OR saya lalui dengan tak senang duduk. Walaupun orang lain juga sama, tapi saya pasti sebenarnya saya sabotaj keinginan saya yang meluap-luap nak kan a+ semester ini. Dari jumlah pelajar 20 orang, merosot ke 13 orang. Sudah semestinya mudah saya mensabotaj diri sendiri. Kemudian saya menyabarkan diri dan berkata.
Itu cuma perasaan semata. Jika saya mampu kawal perasaan, maka semua perasaan ini akan musnah. Dan yang tinggal hanyalah semangat untuk score A+. Jadi, dengan ini saya berjanji kepada diri saya, Saya tidak akan sabotaj diri saya. Saya faham bahawa semangat diri saya mahukan A+. Terlalu banyak yang perlu saya dan diri saya buktikan. Inilah masanya
Syukur, saya memperolehi semangat saya kembali. OR, here I come!
Januari 27, 2008 pada 10:24 am
Tahniah Dik Mal, tak lama lagi kita boleh claim hadiah dari Jimie
Januari 27, 2008 pada 2:04 pm
Terima Kasih . Wah seronok saya Bro SUkeri ke mari. ya, boleh claim hadiah
hihi
Dik Mal’s last blog post..Sekadar Rehat Seketika
Januari 28, 2008 pada 2:04 pm
Nuffnang, perlukan 30 hari selepas akhir bulan….
Katakan pohon untuk check 15 Januari. Ia akan diproses dalam bulan Februari, dan kemungkinan bulan mac baru akan terima cek tersebut…
Azhar Ahmad’s last blog post..Bila Anak Lelaki Mula Berdandan
Januari 28, 2008 pada 2:08 pm
Yup, sabar menanti
Dik Mal’s last blog post..Sekadar Rehat Seketika