Beberapa hari yang lepas, tatkala DM sibuk dengan kerja-kerja akhir menjelang peperiksaan akhir semester, (bukan semester akhir! ), pada Khamis dan Jumaat mendatang ini, DM di kejutkan dengan berita ini : Starbucks di IPTA. Anda boleh baca petikan lanjut dan lengkap di laman sesawang Utusan Malaysia. Boleh klik di sini untuk maklumat lanjut.
Sebelum DM mulakan ulasan, perlu di fahami, ia cuma ulasan dan pendapat seorang pelajar dan pekerja pada waktu yang sama. Jadi, anda di sarankan menyuarakan pendapat anda di hujung entri ini nanti.
Mengikut laporan yang DM baca di Utusan Malaysia Online, francais-francais ini di katakan, di bawa masuk kelak, dengan usaha untuk mewujudkan kafe dengan kemudahan Wi-Fi bersamanya. Jadi, mudahlah para pelajar menyiapkan tugasan, laporan, mahupun melakukan rujukan. Ini kerana, pada masa kini, di katakan ramai pelajar yang terpaksa berkunjung ke francais seperti ini di luar kampus, untuk tujuan yang sama.
Apa pendapat anda? Relevan atau tidak saranan ini.
Bagi DM, yang mempunyai bekalan internet jalur lebar, dari rumah yang sedia selesa, ini bukanlah sesuatu perkara yang akan membawa perubahan kepada cepat atau lambatnya kerja-kerja DM di siapkan. Namun, DM percaya, bagi para pelajar IPTA, mungkin ini akan membantu, khususnya untuk para pelajar yang duduk di luar kampus (rumah sewa, etc) Dengan adanya capaian lebih meluas, memudahkan para pelajar akses internet dari kafe terbabit.
Masalah lepak di kafe seumpama ini bukanlah sesuatu yang boleh di kawal dengan menyekat kemasukan kafe seperti ini ke dalam kampus. Lepak adalah satu budaya. Dan jika hendak memerangi lepak, perlu di fikirkan insiatif yang berbeza dan lebih sesuai. Lepak adalah sejenis barah. Cegah sebelum parah.
Kembali kepada kasus, kemudahan untuk para pelajar. Bagi DM sendiri yang merupakan seorang pelajar separuh masa di sebuah IPTA, kerja dapat di siapkan pada waktu sepatutnya. Tiada masalah tiada akses internet. Bahkan DM percaya, jika DM tidak ada talian internet di rumah pun, DM masih boleh akses internet di kampus. Kerana IPTA, tempat DM belajar, punyai khidmat wireless yang boleh di gunakan oleh para pelajar, dari ceruk mana pun di dalam kawasan kampus. Malahan perpustakaan juga menyediakan kemudahan akses internet. Belum lagi tinjau makmal komputer!
Jadi bagi DM, sekiranya tujuan utama, objektif utamanya, adalah menyediakan kemudahan untuk para pelajar, maka cadangan supaya pihak IPTA, atau mana-mana berkaitan, supaya menyediakan kemudahan wireless di dalam kampus, juga adalah cadangan yang baik. Ada wireless, pasti kerja siap. Mungkin bukan? Kerana perlu juga di ingat, disiplin dan pengagihan masa serta sikap individu yang akan menentukan kerja siap atau tidak. (Wah teringat ada assignment belum siap. Eh ada internet connection pon tak siap? Inilah sikap individu yang perlu di beri perhatian ! ) Tidak semestinya perlu membawa masuk kafe francais ke dalam IPTA.
Namun, DM pastinya akan lebih tersenyum lebar, jika syarikat-syarikat francais milik Bumiputera juga di beri peluang, untuk membuka francais di dalam IPTA. Kenapa? Ini boleh menyuntik semangat para pelajar sendiri, untuk berkenalan, jatuh cinta dan ingin hidup bersama perniagaan.
Banyak lagi boleh di kupaskan, namun mungkin cukup sampai di sini dahulu. DM tidak menolak langsung cadangan ini, kerana DM pasti, sebelum keputusan ini di putuskan (?), perbincangan telah di buat terlebih dahulu. CUma apa yang ingin DM tekankan, jika masalah pelajar yang ingin di selesaikan, DM rasa, terdapat juga langkah dan saranan lain yang boleh di ambil, contohnya seperti memperluaskan, mempertingkatkan, dan memperkasakan khidmat jalur lebar. Dan jika belum ada wireless, mungkin boleh di pertimbangkan
ps : Perlu juga di ingat, ramai juga para belia dan remaja, yang cuma kenal internet, YM, friendster, dan myspace. Maafkan kata-kata DM ini. Perlu juga di kenal pasti, apakah keperluannya, sebelum di putuskan, ia adalah kemestian. Kerana, di internet, informasi yang di kenal pasti juga, belum tentu sahih dan di terima sebagai bahan di dalam sesebuah tugasan. Namun, jika ia BUKU. Tiada masalah. Dan saya pasti, setiap IPTA, ada perpustakaan yang besar.
pss : Banyak pro dan kontras di dalam isu ini. Cuma ini adalah pendapat dari seorang pelajar, merangkap seorang pekerja, dan bakal seorang guru. Terima kasih
psss : Keterlanjuran akal fikiran DM, di dahului ucapan maaf.
Tags: ipta, kementerian pengajian tinggi, star, starbucks ipta
Jun 29, 2008 pada 8:35 pm
starbucks dah melambangkan itu produk asing. ramai tau makan-minum kat situ malal sbb jenamanya. juga tak sesuai untuk status pelajar lepak2, minum2 sambil tenet sbb duit pun mak bapak yg tanggung. oh! ada duit ptptn. ha! baguslah habiskan minum kopi secawan RM10.
walaupun saya bukan lagi pelajar ipta, saya bantah! jangan bawa masuk starbucks dan yang sewaktu dengannya ke ipta!
kumb@ng’s last blog post..Anwar meliwat lagi?
Jun 29, 2008 pada 8:53 pm
Saya bukan starbucks-addicted. Rasanya tak pernah pun minum, pasal dari jauh, nampak ‘kemahalannya’.
Ice-lemon-tea pun cukup. Oh nama betulnya, Teh O Ais-Limau!
Julai 1, 2008 pada 2:23 am
x payah bwk konsep star buck pun xpe….buat name lain ke…..ok ape…
ex: DIK MAL CAFE c/w wifi….: D
Muzri – Team Kamrie’s last blog post..RAHSIA FOREX DEBTFREEDOM
Julai 1, 2008 pada 8:33 pm
DM Cafe ye?
Dik Mal’s last blog post..Update Terkini