Affiliate Rahsia 10K kini dibuka!

Julai 7, 2008

Saya pasti anda pernah mendengar tentang bagaimana seorang pelajar berusia 17 tahun telah berjaya menjana pendapatan sebanyak 10k pada bulan Januari 2008 baru baru ini. Dan beliau telah pun menghasilkan sebuah produk dengan nama Rahsia 10k untuk di kongsikan bersama-sama kita semua.

Baru-baru ini, kira-kira sebulan yang lalu, pihak Adly dan Flarebiz.Com telah melancarkan produk ini. Dan sambutannya adalah sangat-sangat menggalakkan. Saya sendiri mengesahkan jumlah jualan mereka adalah melebihi 5 angka dalam jangka masa 2 hari. Saya tahu kerana saya adalah sebahagian dari mereka yang di jemput untuk JV bersama mereka. Namun, saya gagal kali ini, dan saya sudah tahu sebabnya. Tak apa, itu semua ilmu baru untuk saya!

Dan hari ini, saya telah mendapat makluman menerusi blog mereka, bahawa Affiliate Rahsia10K pula dibuka secara rasminya! Untuk pengetahuan anda, saya sering di beri kesempatan untuk review terlebih dahulu produk-produk Adly, dan saya ingin menegaskan inilah produk yang paling baik pernah di keluarkan oleh mereka. Jadi tiada sebab untuk anda ragu-ragu akan kualitinya.

Setiap jualan yang anda lakukan, anda akan di berikan komisyen sebanyak rm30. Kalau seminggu dapat jual 3 kali, sudah dapat pulangan rm150, lebih dari cukup untuk bayar duit Streamyx anda! haha. Jadi, apa tunggu lagi, jom join mereka dan mulakan pendapatan online anda, hari ini juga!

Tinggalkan jawapan