Mesej Dari Irfan Khairi!

Julai 7, 2008

Saya merupakan sebahagian daripada ramai orang yang subscribe kepada Irfan Khairi. Dan hari ini IRfan Khairi telah mengutuskan email kepada kami semua. Dengan keizinan pada akhir email, saya pun berhasrat untuk copy dan paste kandungan email di sini. Baca jangan tak baca!

Salam sejahtera Mal,

Beberapa minggu lepas, saya ditemuramah di MHI TV3 untuk menyampaikan maklumat mengenai perniagaan Inetrnet di Malaysia.

Klip tersebut telahpun diupload di YouTube untuk anda menonton pada bila-bila masa sahaja. Sekiranya anda ingin tahu mengenai perniagaan Internet, dijemput menonton klip tersebut di:

http://www.irfankhairi.com/blog/highlight/mhi/

Irfan Khairi di MHI!

Sebagai tambahan, bersama email ini saya sertakan juga sedutan temubual saya bersama pakar motivasi, Dato Dr Fadzilah Kamsah dimana saya bertanya kepadanya mengenai “Kekayaan menurut Islam” (akhir entri ini)

Mudah-mudahan dapat manfaat dari klip MHI mengenai perniagaan Internet !
Salam hormat,

-IK
Irfan Khairi

Sumber : Irfan Khairi

=====================================================

TIP PILIHAN: TEMUBUAL BERSAMA DATO DR FADZILAH KAMSAH
=====================================================

Berikut soalan yang saya ajukan kepada Dato Dr Fadzilah Kamsah yang saya ingin kongsikan bersama ketika saya menemubual beliau di Radio24 (93.9FM) dalam rancangan “Jutawan! bersama Irfan Khairi”:

IK : Dalam perspektif orang Islam, ramai yang mengatakan tak payahla kaya-kaya. Bersederhanalah. Tak perlulah menjadi jutawan. Betul ke dalam Islam itu sendiri menuntut kita dengan bersederhana dalam bentuk kekayaaan ini?

Dato Dr Fadzilah Kamsah: Ini adalah salah satu perkara yang seringkali kita terlepas pandang. Ini daripada ulama’-ulama’ yang mentafsirkan dan orang ramai tahu serta ustaz-ustaz di luar sana pun beritahu kita yang kita ini adalah ‘umattan wasata’  ataupun kita ini adalah umat pertengahan. Maksud umat pertengahan itu kadang- kadang ditafsirkan dengan cara yang betul dan acapkali juga ditafsirkan dengan cara yang silap.

Pertengahan itu dikatakan seperti “ala, kalau kita mati nanti pun kita bawa kain kapan jer bukannya boleh bawa harta benda masuk kubur”. Maksud bersederhana di situ adalah silap sama sekali sebab sederhana yang dimaksudkan adalah dalam satu konteks yang pernah disebutkan oleh Nabi S.A.W iaitu: “Allah amat kasih akan hambanya yang apabila melakukan sesuatu kerja dia membuat dengan cara yang terbaik “. Itu adalah soheh riwayat al-Dailami.

Jadi kalau hadis itu kita pegang maka Allah akan sayang kepada kita sekiranya kita melakukan yang terbaik di dalam apa jua yang kita lakukan. Jadi dimana pula pendekatan sederhana itu bermaksud?

Jadi, saya bertanyakan hal ini kepada ulama’-ulama’dan ulama’ mengatakan bahawa pendekatan maksud sederhana dimaksudkan dengan seimbang iaitu ‘balance’. Ianya juga membawa maksud bahawa kita hebat di dunia dan hebat juga di akhirat. Hebat di rumah dan hebat juga dengan masyarakat. Itu maksud sederhana yang perlu ditafsirkan. Sederhana iaitu dari segikata kita perlu hebat dalam apa jua yang kita lakukan dan perlu seimbang. Kita tidak boleh terlalu hebat di dalam masyarakat sehingga rumahtangga terabai, itu
bukannya seimbang.

Itulah sekiranya kita mentafsirkan konsep sederhana dengan betul maka umat Islam atau bangsa Melayu khususnya akan jadi hebat dan akan jadi cemerlang dan tidak akan jadi ‘jumud’ atau terikat dengan tekanan dengan kata-kata, “Buat apa sibuk-sibuk nak jadi kaya”. Itu adalah satu pentafsiran yang salah. Bagaimana kita nak bantu dan bangunkan umat sekiranya kita tidak kaya dengan cara yang Allah redha.

IK : Apa yang dituntut dalam Islam adalah supaya menjadi cemerlang dalam apa jua yang kita lakukan dan apabila kita cemerlang, pulangannya dalam bentuk wang juga akan jadi cemerlang juga.

*So, lepas ni, kalau ada orang cuba mematahkan semangat anda dengan berkata-kata “buat apa lah nak kaya-kaya… bukan boleh bawak masuk kubur pun…”, anda kini dapat jawapan terus dari, Dato Fadzilah
Kamsah lagi

-IK-
Irfan Khairi

Satu Respons kepada “Mesej Dari Irfan Khairi!”

  1. macaraderie Berkata:

    irfan khairi neh mmg besh douh.
    aq respek die


Tinggalkan jawapan