Kekayaan. Apa yang terlintas di pemikiran anda apabila saya menulis tentang kekayaan? Sebuah kereta mewah, banglo mewah di kawasan mewah, makan mewah, shoping mewah, peralatan teknologi terkini? Atau apa? Mungkin terbayang di ruang minda anda, seorang yang berpakaian mewah, atau berpakaian sederhana? Sebuah kehidupan penuh wang, atau kehidupan sederhana? Itu semua adalah persepsi masing-masing berdasarkan pengalaman masa silam, dan apa saja jawapan anda, boleh di terima pakai. Tiada permasalahan
Perlukah kekayaan itu di kejar? Perlu? Saya pernah satu ketika dahulu, ketika menonton sebuah rancangan televisyen, terpempan dengan panggilan telefon seorang individu (tidak saya kenali) yang argue, mengapa perlu kita kejar kekayaan? Kerana mengikut kefahaman saya, (maafkan saya jika sebenarnya beliau beranggapan sebaliknya) beliau memandang kekayaan sebagai sesuatu masalah dan akan membunuh seseorang individu serta masyarakat sekelilingnya. Kata beliau, orang kaya selalu lupa diri. Kekayaan akan membawa kepada rasuah. Kekayaan akan mengalakkan gila kuasa. Dan bermacam-macam lagi, konotasi negatif di kaitkan dengan kekayaan.
Maafkan saya kerana kebanyakan mereka yang memandang kekayaan sebagai sesuatu seperti itu, adalah datang dari kalangan mereka yang sealiran seperti saya juga. Namun itu bukan isu nya lagi. Kerana duduk perkara telah jatuh kepada, keperluan mengubah mentaliti sebegini. Baca baki entri ini »