Arkib bagi 'DM at Work'Kategori

Fast Update

Julai 14, 2008

Saya sudah pun bermula dengan semester baru dengan penuh gaya! Walaupun tempat kuliah kini di luar kampus universiti, jauh dari perpustakaan, kedai jajan, kedai makan, dan kedai fotostat serta kedai jual A4 paper, saya tetap bersemangat. Malahan, dari tingkap bilik kuliah, saya boleh lihat pemandangan KL yang begemerlapan di waktu malam. Di mana agaknya ya.. Hoho

Pada pagi Sabtu yang lalu, kekalutan timbul berkenaan dengan jadual kuliah, di mana ada pertindihan jadual berlaku. Jadi, saya pun telah pergi ke kaunter bahagian pentadbiran pelajar luar kampus, di universiti saya. Apa yang pasti, pertanyaan saya sedikit pun tidak kasar (walaupun saya ada pilihan untuk mengamuk kerana kesalahan pada pihak tadbir). Tetapi, saya di sambut dengan riak muka tidak senang, oleh orang kaunter. Mungkin masalah saya itu menganggu sedikit. Saya tidak pasti

Apa yang pastinya. Jika saya berada di dalam emosi yang marah-marah sejak pagi, sudah semestinya marah saya berlanjutan ke mari. Nasib baik! Pagi itu, saya gembira ke kelas. (hari pertama katakan!) Saya sedikit kecewa, kerana ucapan terima kasih saya pada akhir urusan, dan senyuman tanda terima kasih saya, atas kerjasama beliau, tidak di sambut. Walaupun masalah belum selesai. Namun, saya cekalkan hati, sabarlah, dan bersangka baik saja.

Mungkin, beliau penat. Maklumlah ramai pelajar baru bertanyakan pelbagai perkara. Tidak mengapa, saya meamaafkan sahaja beliau. Zahirnya beliau tidak bersalah pada saya. Tetapi beliau langsung tidak menjawab pertanyaan saya. Itu yang agak di kesalkan. Tapi tidak mengapa, sabar itu lebih baik. Jadi sabar dan memaafkan.

Ajaibnya, pada sepanjang hari itu, mood saya kekal baik. Walaupun terpaksa ke sana sini, dengan beberapa beg, (oh!) tapi saya tetap rasa sejuk di hati. Bila pulang, saya fikir, ini mungkin di sebabkan kejadian siang tadi. Bayangkan jika saya menghidupkan rasa marah? Saya mungkin akan marah-marah sampai malam. Dan berlalu satu hari yang tidak produktif untuk saya.

Walaupun begitu, pada malam harinya, satu lagi kejadian menimpa saya. Hampir juga saya menangis. Kenapa begini banyak dugaan menimpa berderet-deret. Walaupun ia cuma perkara kecil, tetapi apabila ia berlaku saling berkaitan, ia boleh menyuntik rasa sedih juga. Hoho

Tapi syukur, rasa itu sekejap. Saya sabar dan berfikir apakah hikmahnya, kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Kita saja tak tau apakah ia, atau kita sendiri tidak nampak.

Erk. Saje je bebel. Hohoho..New semester…

Advanced Calculus. Numerical ANalysis. Programming. Education Research. Oh!