Arkib bagi 'DM at Work'Kategori

Kerja-Kerja Baik Pulih DM

Julai 7, 2008

Akhirnya, peperiksaan sudah pun tamat. Hari Sabtu saya penuhkan dengan rehat-rehat dan tidur-tidur. Oh tanpa memikirkan walau secebis kerja yang perlu saya siapkan. Memang la syok. Kemudian, hari Ahad menjelma. Jeng jeng jeng

Ingatkan nak update kerja selepas balik sarapan pagi tu. Malangnya! Saya mendapat pakej percutian dari Doktor! Ya, saya di bawa ke klinik berhampiran, untuk sedikit check up. Bila mana badan saya rasa kesejukan, dengan pernafasan yang agak terganggu.

Cek punya cek, saya sebenarnya, demam. Baru nak demam kata Doktor. Malahan saya di sarankan untuk tidak stress, jaga waktu makan, kurangkan pengambilan cafein (oh!), dan jangan duk depan laptop lama-lama sangat. Wah! Ini adalah sesuatu yang mengejutkan. Sebab saya tak rasa stress, tapi bila Doktor kata sebegitu, maka perlulah saya menghadkan kerja saya sekarang. Saya cuma akan online pada waktu siang.(isk mampu ke ni? )

Agak payah, sebab saya adalah seorang penagih siber. Erk? Maksudnya, saya sentiasa dengan internet saya.

Jadi untuk blogger-blogger, IM dan mereka yang seangkatan seperti saya, jagalah kesihatan anda. Dan kurangkan masa di depan laptop,. Jalani kehidupan yang lebih sihat :)