Arkib bagi 'Uncategorized'Kategori

Kenali Afiqme.Com

Mac 24, 2008

Hari ini hari Isnin, hari saya mula kembali bekerja macam biasa :D Betul ni, kerja macam biasa ok? Tapi, saya akan tulis satu artikel khusus pasal itu kemudian. Hari ini juga saya akan mulakan satu segmen baru di Blog ini., Kategori baru! Kategori – Rakan Blog Saya. :D Kenapa kategori tu? Mudah saja, saya berhasrat untuk berkenalan, dan memperkenalkan rakan-rakan blog saya kepada anda. Dan mereka yang terpilih adalah mereka yang ada di blogroll saya :D Jika anda nak saya review blog anda, boleh-lah hubungi saya melalui chat box, untuk link exchange ya :D Trafik anda, trafik saya juga.

Hari ni saya nak perkenalkan kepada anda rakan blog saya yang pertama, Afiqme dari Afiqme.Com. Afiqme adalah antara rakan blog yang rapat dengan saya! Banyak benda saya belajar dari beliau, especially words fast healer :D Haha :D Jadi, adakah beliau merupakan penulis blog biasa? Beliau mengkhusus kepada apa? Sebelum itu baiklah saya senaraikan blog-blog kelolaan beliau :)

1. Afiqme.Com
2. Intelligi.Afiqme.Com
3. Alamecarte.Afiqme.Com
4. Forum Afiqme ! :)
5. Art-ology Afiqme
6. AfiqmeHeck

Banyak tak :D ngee, bila agaknya saya mampu menguruskan blog sebanyak ini seperti kamu Afiqme! Afiqme ini mula saya kenali dari blog Amar Mahmood. Kemudian saya kenal rakan baiknya, saudara Luth. Saya suka penulisan beliau di blog Intelligi. Ia berbeza dengan aliran kebiasaan di blog-blog lain.

Jika anda mahu lihat corak pemikiran luar biasa baru :D Kunjungi blog Intelligi. Bila saya rasa bosan dan rasa mahu ber-sastera :D Maka, saya kunjungi blog Alamecarte Afiqme! Waduh, bahasanya juga sangat meninggalkan kesan pada saya. Seronok sebenarnya. Paling seronoknya yang saya sendiri kesan, Afiqme menulis mengikut hati. Maksudku! Tak ada nak draf-draf dulu, tulis saja apa yang tercetus pada waktu itu. Dulu, saya juga suka bersastera, kebelakangan ini, seperti kebolehan itu tertidur dalam lenanya, Nanti saya kejutkan! :D

Lagi, apa yang menarik pasal Afiqme? Kalau anda belum tahu, biar saya beritahu. :D Beliau adalah seorang gitarist :) Beliau ada band sendiri. Untuk maklumat lanjut pasal music beliau, kunjungi MySpace beliau ! Saya paling suka track Only Once dan Myth tu. :D Huhu, personally I love it. :)

Ada lagi yang menarik pasal Afiqme.Com! Beliau pernah di-featured kan di sebuah Majalah pada bulan Februari yang lalu. Majalah apa? Yezz! Magazine Februari 2008. Antara lain, Yezz! Magazine menulis :

“Afiqme memiliki sentuhan seni yang tersendiri. Persepsinya terhadap seni juga memang cukup mendalam.” - Yezz! Magazine Feb 2008


Afiqme, as featured in Yezz! Magazine

Antara banyak-banyak blog kelolaan beliau, saya paling sarankan anda membaca blog Intelligi. Tapi! Anda perlu berjaga-jaga kerana ramai orang terkejut dengan penulisan beliau. Apa yang tak kena? Biasa saja sebenarnya. CUma, Afiqme melihat sesuatu perkara secara berbeza, tidak lagi seperti aliran kebiasaan :) Cuba anda lawati blog beliau, pasti anda fahami maksud saya :) Jadi, kenali beliau lebih lanjut di Afiqme.Com

p.s : Entri ini tidak berbayar. Kategori Rakan Blog Saya ini khusus untuk memperkenalkan Blogger-Blogger Malaysia ke seluruh dunia! :D Anda mahu di-featuredkan pada entri seterusnya? Tinggalkan mesej anda di ruangan chat di sebelah ini ya! Sampai jumpa lagi. Jangan lupa layari Afiqme.Com hari ini juga